TMUGTMUGB

"The More You Give, The More You Get Back"

Thursday, December 29, 2016

KESAMARAN AZAM 2017 PERLU DITERUSKAN

Assalamu'alaikum semua....

2017 bakal menjelma dalam beberapa hari sahaja lagi....dalam usia yang semakin hari  semakin meningkat ini...sentiasa ada sahaja azam tahun baru yang ditambah...memanjangkan lagi senarai azam ditahun-tahun sudah yang sehingga kini masih lagi belum terlaksana....malah mungkin ada diantaranya yang sudah tertangguh sekian lama kerana sengaja atau mungkin disebabkan oleh faktor-faktor yang terlalu pelbagai dan sukar untuk dihuraikan....hanya diri sendiri yang mampu memahami dan rasanya tidak perlu diperjelaskan pada semua orang....yang penting usaha ke arah mencapai setiap hasrat dan azam itu tidak pernah terpadam apalagi dilupakan dan yang paling penting ianya tetap terus diusahakan walau seperlahan mana sekalipun progressnya yang penting kita selalu yakin dengan usaha kita dan izin makbul dari Allah... insya'Allah suatu hari ia bakal menjadi kenyataan jua...

Begitu juga dengan Abam Ril...hasrat ingin istiqamah menulis di blog sentiasa terganggang...terbantut...tergendala dan segala terrrrrr lagi sentiasa menjadi cabaran untuk Abam Ril mencurahkan segala macam hal yang bermain dan berlegar dalam ruang benak kepala ini kedalam bentuk tulisan menjadi terbatas terbatas.....harapan Abam Ril untuk mencoretkan banyak perkara yang mampu memberi manfaat dalam kehidupan ramai orang dalam bentuk santai dan tidak terlalu mengikut skematik corak penulisan penulis-penulis hebat diluar sana.....malah Abam Ril juga berharap agar suatu hari nanti Abam Ril dapat menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah karya penulisan santai yang memberi manfaat dan pengisian yang bersifat alami agar ia mudah dihadam dan dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat dan generasi....tambahan pula didalam benak kepala Abam Ril nie sebenarnya ada sangat banyak...yesss....sangat banyak perkara...pengalaman....ilmu dan segala mcam perkara yang Abam Ril ingin samaikan dan terapkan kepada generasi @ anak-anak Abam Ril sendiri.....tapi rasanya jika Abam Ril nak download  secara manual pasti mengambil masa yang sangat lama dan panjang....kemungkinan besar nafas Abam Ril akan habis dahulu pun pasti apa yang nak disampaikan nie takkan habis lagi....hehehehe

Namun Abam Ril berusaha keras untuk memastikan apa yang Abam Ril nak sampaikan itu berjaya di alirkan setiap hari...sedikit demi sedikit agar tidaklah ia tinggal usang bersawang kat dalam kepala nie...hehehe...So that's why Abam Ril akan cuba pastikan Abam Ril update and jottin something kata dalam Facebook Wall Status Abam Ril setiap hari....Without missed Insya'Allah....merangkumi pelbagai topik...perkara dan kespontanan situasi Abam Ril catatkan di situ....adakalah jika ada sedikit kelapangan Abam Ril akan cuba menggarapnya kedalam bentuk penceritaan yang lebih mudah untuk difahami dan dihayati penceritaannya dan paling penting sampai mesejnya....namun kadangkala...curahan idea menulis membuak-buak...panjang berjela-jela...so menulis di dada mukabuka mungkin sudah tidak relevan...malah ada beberapa followers  Abam Ril yang suka membaca tulisan dan perkongsian santai Abam Ril mencadangkan agar Abam Ril untuk aktif semula menulis di blog usang ini....malah ada yang request  untuk Abam Ril menulis buku....sememangnya hasrat tu dah lama terpendam.....cuma seperti Abam Ril kata tadi...ada cabaran yang perlu dihadapi yang menjadi kekangan untuk Abam Ril melaksanakannya...

Semalam Abam Ril sempat menonton  Live Video dari seorang sahabat lama yang kini sudah bergelar penulis tersohor di Malaysia....antara perkongsiannya adalah meluangkan masa secara istiqamah untuk menulis sekurang-kurangnya satu muka surat.....cadangan itu membuatkan semangat Abam Ril berkobar semula....Jadi...Insya'Allah dilembaran 2017 yang bakal tiba ini Abam Ril berazam untuk mula menulis semula dengan memberi nafas baru kepada blog ini....insya'Allah...Lagipun kali ini...suri hati Abam Ril sendiri dah bagi semangat untuk Abam Ril memberi lebih fokus kepada penulisan...She know i love sharing so much....

Dari segi pemilihan genre penulisan Abam Ril memilih untuk menulis dalam pelbagai genre...mengikut mood dan hati.....berkongsi kisah-kisah dari pengalaman dan kiasan berbanding kisah-kisah khayalan....sebab Abam Ril bukanlah individu yang kuat berangan....namun aset yang Abam Ril ada adalah pelbagai pengalaman hidup yang Abam Ril yakin jika dikongsikan pasti akan dapat memberikan sedikit manfaat kepada yang sudi membacanya...

Abam Ril juga terinspirasi dari penulisan-penulisan Tuan Saiful Nang..malah terdetik didalam hati Abam Ril untuk turut melakukan perkara-perkara yang sama seperti yang beliau telah laksana dan realisasikan....penceritaannya didalam buku tulisanny "Kisah Orang Menang" sangat menginspirasi hasrat Abam Ril untuk menulis ini.....perkongsian sebuah liku kehidupan...Walaupun kejayaan belum lagi menjadi milik Abam Ril....Namun Abam Ril percaya...the spirit of fighting  yang ingin Abam Ril sampaikan itu sangat bernilai dan perlu dikongsikan....malah pengalaman-pengalaman membesar merempuhi dua generasi yang berbeza pasti memberikan impak yang baik buat generasi baru yang terlepas peluang untuk melaluinya juga kepada generasi seangkatan yang sentiasa rindukan imbasan dan ulang tayang nostalgia kehidupan mereka...

Insya'Allah...Abam Ril akan usahakan bersungguh-sungguh kali ini...walaupun azam Abam Ril pada tahun ini agak kesamaran dan perlu ada banyak perkara yang perlu Abam Ril laksana dan selesaikan....namun Abam Ril percaya...kesempurnaan tidak akan wujud tanpa dimulakan dengan usaha...walaupun usaha itu kelihatan kecil...Abam Ril pasti berusaha untuk istiqamah dengan azam tahun 2017 ini.

Cukuplah lah dulu muqaddimah pada usaha azam Abam Ril sebagai pembukaan tahun 2017 yang pastinya sangat mencabar buat semua orang ini.

Insya'Allah...next post from Abam Ril will come very soon....mohon kepada yang sudi membaca dan rajin membaca agar dapat memberikan  support  kepada Abam Ril...semoga Allah merahmati hidup kali semua....

Kita tangguh cerita dulu yer... ;)

Abam Ril
Lembah Pantai 29 Dec 2016

Thursday, September 5, 2013

Kisah Golongan RON95 dan RON97....

Bila Ron97 naik..xde plak yg beratur panjang...nmpk sgt golongan marhaen yg lg ramai kat Malaysia ni yg hidupnya byk dihimpit oleh byk kemelut...tapi golongan marhaen ni jugaklah yg sbenarnya paling ramai "selesa dlm kesusahan"... bising sana bising sini...tp hidup tetap dgn cara sama yg x berubah....minyak golongan marhaen naik pon harga barang dah naik...skrg minyak golongan tokey2 lak naik...nmpk gaya makin melambung lah harga barang...berkali2 golongan marhaen ni bakal terhimpit...

Bezanya stiap kali perkara bgini berlaku...golongan Ron95 hanya banyak mengeluh dan hanya focus nk cut cost dan berjimat sana sini....tp golongan Ron97 pula akan cuba atasi apa yg ada didepan mereka dgn buat perubahan...mungkin dgn mencari cara lbih baik utk cover balik cost2 yg naik tu.

Ron95 dan Ron97 yg saya maksudkan diatas hanyalah skadar perbandingan secara sarcastic.

Hakikatnya...ramai juga yg hidup bersederhana dan sedar diri yg guna Ron95...malah ramai juga yg guna Ron97 sbenarnya selesa dlm kesusahan....tp kerana ego dgn status Ron97 nya...dia cuba sembunyikan kerisauan itu...ibarat pakai seluar cantik bergaya...tapi bila seluk saku jari tgn blh sentuh paha...hehe...faham2 ajalah...

Stiap kali krisis mcmni timbul...makin terbukti yg golongan "selesa dan kesusahan" ini sebenarnya sgt ramai di sekeliling kita berbanding golongan yg "bersusah mencari keselesaan"...

Saya juga dari golongan marhaen...tapi saya x mahu menyerah nasib diri dan keluarga dgn hanya bising dan redha...membiarkan himpitan2 sebegini melemahkan saya...saya pasti cuba menolak dan menahannya dari terus menghimpit...cuma kalau saya berusaha sorg2...mungkin saya akan buat perkara yg sia2...tp saya berkawan...mengambil semangat mempelajari cara dan dan mempraktikkan cara golongan Ron97...walaupun saya kini masih menggunakan Ron95...x mustahil satu hari saya juga mampu menggunakan Ron97...tanpa mempedulikan harga naik atau turun...kerana fokus saya utk terus kedepan... "bersusah mencari keselesaan tapi bkn selesa dlm kesusahan" ..... "Tindakan yg kecil ibarat atom yg mampu memberikan ledakan perubahan yg besar".... tapi "mengeluh hanya ibarat bom atom yg ditayang dimuzium tanpa fius utk dinyalakan"....

Tuesday, January 29, 2013

"KEBERSAMAAN" Dalam Perniagaan

Salam kejayaan buat semua....

Saya sendiri tidak pasti sejauh mana tulisan2 saya di blog ini dibaca @ skadar ditatap diluar sana. Namun komen2 scara lansung yang saya terima dari beberapa kawan yang lepak santai bersama saya sebelum ini meyakinkan saya bahawa mereka dapat menerima mesej yang saya ingin sampaikan melalui usaha kecil saya ini. Itu sudah cukup untuk terus membakar semangat saya untuk terus menulis disini. Saya percaya, setiap sesuatu perlu bermula untuk kita melihat hasilnya. Dari 1 menjadi 2, dari 2 menjadi 4, dari 4 menjadi lapan dan begitulah seterusnya.

Saya memilih untuk menggunakan masa luang saya hari ini dengan menulis dari rumah sahaja, walaupun kebiasaannya saya suka untuk keluar dan bersantai di kopitiam2 berdekatan bertemankan sebuah komputer riba dan berbekalkan secawan kopi pekat yang pasti mencerahkan pandangan saya. Seronok juga bila sesekali bersendirian dirumah untuk menulis, tapi saya bukan lah jenis orang yang suka bersendiri. Saya suka melakukan aktiviti saya dalam kumpulan atau setidak-tidaknya ditempat dimana saya boleh melihat manusia lain disekitar saya. Saya percaya, kita akan jadi kurang produktif jika kita hanya bekerja dan hidup bersendirian.

Sebelum ini saya penuhi jadual harian saya untuk bersama-sama rakan dan kenalan diluar sana bertemu secara alami untuk berkongsi dan membantu mereka dalam sama-sama menjalankan perniagaan masing. Kesannya sangat memberansangkan apabila semangat setiakawan itu dapat digembeling bersama demi menuju impian kejayaan masing.

Saya juga sentiasa percaya, untuk berjaya duniawi dan ukhrawi, kita harus sentiasa mengikut perkembangan dan peningkatan semasa dari pelbagai sudut dan aspek pembangunan. Antaranya saya kagum dengan perkembangan perniagaan yang berangkai dari kemudahan komunikasi yang dicetuskan dari fenomena 'internet' yang memberi impak yang sangat hebat pada abad ini dari semua skop.

Rasa tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan ini membawa saya untuk cuba mengadaptasi teknologi yang ada selari dengan objektif saya selama ini iaitu untuk menggalakkan dan mengajak masyarakat terutama kenalan-kenalan saya untuk aktif berniaga dengan cara mempermudahkan lagi "method" @ corak perniagaan mereka yang sedia ada.

Justeru, baru-baru ini, setelah menimbangkan beberapa faktor kelemahan dan kekurangan yang biasa wujud pada setiap peniaga yang baru, maka saya telah memilih ruang dan kemudahan yang diberi secara percuma di Facebook untuk membantu kenalan2 dalam mempermudahkan sistem pemasaran bagi produk2 dan servis2 yang mereka tawarkan.

Pada 25 Januari 2013, secara rasminya saya telah membuka satu laman khusus di 'page Facebook' dengan nama " Sales Boom Mania" atas tujuan untuk mewujud dan melatih setiap peniaga untuk berniaga dengan cara yang lebih mudah dan pada masa yang sama mengamalkan etika berniaga yang sebenar, kerana saya dapati kini ramai yang cuba berniaga di internet tetapi banyak melanggar etika perniagaan dan juga ketenteraman pelayar2 internet yang lain.

Baiklah, saya tak mahu menyentuh tentang kod etika semasa anda berinternet, kerana fokus saya adalah pembentukan komuniti tegar positif dalam perniagaan. Oleh itu saya ingin jelaskan tentang 'kebersamaan' yang perlu ada dan sangat penting bagi komuniti perniagaan.
.
Jika didunia nyata, adalah lebih jelas untuk kita lihat tentang kebersamaan dalam perniagaan dimana terdapatnya kelompok-kelompok yang menjalankan perniagaan secara kumpulan. Ramai antaranya hanya berkelompok dalam kumpulan-kumpulan perniagaan yang khusus. Ada juga diwujudkan kumpulan-kumpulan besar seperti Dewan Perniagaan (Melayu, Cina dan India) yang meletakkan pelbagai jenis dan latar belakang perniagaan dalam organisasi mereka. Namun pada saya, kebersamaan sebenar dalam perniagaan masih dinafikan disitu kerana wujudnya pemecahan mengikut kaum dan tahap.

Apa yang saya pelajari hari ini dari mentor-mentor saya yang rata-rata telah menjadi usahawan, jutawan dan hartawan yang hebat adalah "kebersamaan dalam perniagaan" dalam ertikata yang sebenar. Bagaimana saya telah dibentuk dan dididik oleh mereka, begitulah juga penerapan yang cuba saya lakukan dan berikan pada kenalan yang bersama-sama dengan saya untuk mencipta kejayaan terulung buat diri masing-masing.

Pertama, kebersamaan yang saya maksudkan adalah setiap individu dalam kelompok yang sama perlu sentiasa memberi peluang yang sama rata pada individu yang lain untuk meningkat, jangan sesekali bersikap mementingkan diri sendiri sebaliknya kita harus saling menyokong antara satu sama lain.

Kedua, kebersamaan memerlukan kita untuk saling memberi dan menerima antara satu sama lain, janganlah jika anda menjual produk A maka anda cuba menafikan yang lain. Saya percaya setiap peniaga ada rezkinya sendiri, setiap perniagaan ada kehebatannya tersendiri, setiap produk ada kebaikan dan keunikan nya sendiri dan setiap kemahiran ada kelebihannya tersendiri. Bukankah lebih baik jika kita saling mempromosi semua ini secara positif dan bersungguh-sungguh dan selalu yakin jika Allah telah tetapkan rezeki kita disitu, tiada siapa berhak menghalang atau menafikan lagi. Jangan sekali-kali memburuk-burukkan perniagaan orang lain. Percayalah "The More You Give, The More You'll Get Back".

Ketiga, kebersamaan seharusnya mengajar kita untuk tidak lokek berkongsi pendapat, peluang, ilmu dan pengetahuan kerana dari situlah akan terhasilnya rumus kepada keputusan yang lebih baik buat semua.

Keempat, kebersamaan bererti satu usaha yang bukan diusahakan secara individu, tetapi secara gembelingan tenaga, kepakaran dan buah fikiran setiap ahlinya kerana itulah ia disebut ke'bersama'an. Bukan begitu?

Kelima, kebersamaan seharusnya menjadikan kita lebih kuat, bukannya untuk kita bertelagah sesama sendiri, berbesar kepala dan cuba mengepalai. Ia adalah ruang untuk kita memberi dan menerima.

Keenam, kebersamaan seharusnya menjadikan sesuatu urusan jadi lebih mudah, efektif dan lebih sempurna, bukan sebaliknya.

Pada kenalan2 saya diluar sana diluar sana yang telah biasa berurusan dan sentiasa bersama saya dalam menjalankan perniagaan pastinya sudah arif dengan kebersamaan yang cuba saya sampaikan disini. Namun bagi kenalan yang bersama-sama dengan saya diawal permulaan 'page Facebook' "Sales Boom Mania", semangat kebersamaan inilah yang cuba saya bawa pada kalian.

Konsep saya di "Sales Boom Mania" bukan menjadikan kerja anda sangat mudah, tetapi adalah untuk menjadikan kerja anda lebih efektif, banyak memberi, semi-auto, nilai penjimatan dan ilmu perniagaan yang berkaitan dalam mencapai objektif bersama untuk mencipta keuntungan yang bersih, suci, halal dan diberkati, kerana itu kebersamaan juga perlu dibentuk disitu.

Walaupun Facebook hanyalah laman maya yang mana kadangkala kita berkomunikasi tanpa mengenal kenalan kita secara fizikal, hakikatnya setiap yang mengoperasikannya adalah manusia biasa, kerana itu, konsep kebersamaan dalam perniagaan didunia maya juga amat berkesan dan perlu dipupuk dan dan dipraktis oleh semua.

Untuk mencapai kebersamaan scara maya di group "Sales Boom Mania", saya mengesyorkan anda untuk melakukan perkara2 berikut.

1. Sentiasa'post' iklan-iklan@ testimoni yang memberansangkan.

2. Selepas 'post' jangan lupa untuk melihat 'post' lain dari rakan dan pastikan anda 'like' post rakan2 anda yang lain kerana secara tidak lansung, anda akan membantu rakan anda untuk mempromosikan produk@servis mereka. Jika semua pengiklan mengamalkan perkara yang sama, maka anda sudah mula 'memberi dan menerima'. Sekaligus tanggung jawab untuk mewarwarkan setiap iklan yang ada dapat dipikul bersama bukan hanya meletakkannnya pada admin semata-mata.

3. Sentiasa mempromosikan page "Sales Boom Mania" bersama-sama, jangan harapkan admin semata-mata. Kalau admin yang satu atau anda berseorangan cuma sempat promosikan pada 10 orang sahaja pada satu hari, maka lambatlah untuk anda yang beriklan disitu akan dapat perhatian dari pembeli. Tapi jika ada 10 org meletakkan ikaln disitu, dan setiap satu mempromosikan page "Sales Boom Mania" pada 10 orang setiap hari, secara tak lansung, anda telah membawa 100 pelanggan dalam satu hari untuk melihat iklan anda yang akhirnya memungkinkan produk@servis and terjual.

Hanya 3 langkah mudah untuk anda wujudkan kebersamaan dalam perniagaan secara maya.

Baiklah, itu adalah serba sedikit yang saya dapat kongsikan secara maya, tetapi jika anda mahu tahu rahsia bagaimana saya memperkembangkan perniagaan dengan lebih pantas secara alami, maka anda kena berjumpa dengan saya juga secara alami, pasti saya akan kongsikan pada anda secara PERCUMA.

Saya rasakan cukup dulu sekadar itu penulisan dan perkongsian saya buat kali ini. InsyaAllah, saya akan sentiasa cari bahan2 yang ada kelainannya untuk saya kongsikan bersama.

"JANGAN TAKUT UNTUK BERMULA, KERANA ORANG YANG GAGAL ADALAH ORANG YANG TIDAK PERNAH BERMULA DAN TIDAK PULA MENGHABISKAN APA YANG TELAH DIMULAI"

Ikhlas,
Syahril Anuar Mohamad
Pantai Dalam

I'm promoting "Sales Boom Mania" for everybody who need a FREE room to SUCCESS!!!!!

Tuesday, January 15, 2013

1000 Cara Untuk BERJAYA 1 Alasan Untuk GAGAL..

Masa ada lebih kurang sejam lebih sebelum saya membuat satu pembentangan tentang cara untuk berniaga lebih baik dan sejajar dengan keperluan arus di abad 21.

Saya tidak bercadang untuk menulis panjang, cukup jika para pembaca memahami dan mengamati maksud penulisan saya kali ini.

Ramai yang saya jumpa secara lansung mahupun tidak lansung, saya dapati sangat ramai yang kini sedang berusaha untuk berjaya. Syukur alhamdulillah, satu perkembangan yang amat memberansangkan bagi generasi "Y" yang ada bertebaran diatas muka bumi Allah ini.

Namun sgt ramai juga yang dihantui dengan fenomena GAGAL yang sangat menggerunkan mereka untuk berjaya. Apa yang saya dapati sebenarnya, ramai antara kita yang memang berusaha, namun lebih ramai lagi antara kita yang terus menerus mengamalkan sikap dan mengekalkan minda mereka pada tahap yang lama. Tahap yang lapuk dan terbukti tidak membantu perkembangan mereka ke arah kejayaa. Alasan demi alasan mereka cari, sipta dan berikan pada setiap usaha mereke untuk menempa kejayaan terawal mereka.

Ramai sebenarnya juga yang keliru antara 'alasan' dan 'sebab'. Biar saya jelaskan secara ringkas. 'Alasan' sebenarnya adalah suatu perkara yang kita cari, cipta, fikir demi melarikan diri kita dari melakukan sesuatu. Manakala 'Sebab' pula ada suatu perkara yang berlaku atas kehendak Maha Pencipta yang kita tak mamu untuk elakkan dan bukan dalam kuasa kita untuk menentukan.

Bak kata mentor saya seorang usahawan dan jtawan yang hebat, " ALASAN yang paling KUKUH adalah SEBAB yang paling KUAT untuk GAGAL". Oleh sebab itu ramai antara kita sebenarnya sedang menempa kegagalan mereka sendiri kering sering memberi alasan pada diri sendiri dan orang lain.

Orang yang benar-benar ingin kan sebuah kejayaan pasti akan mencari pelbagai cara yang membolehkan dia berjaya. Setiap halangan dan cabaran diambil sebagai ilmu dan tapak lonjakan untuk mereka mencapai suatu perkembangan yang positif. Jika mereka merancang untuk melakukan A, untuk mencapai C tp ada halangan dan sebab yang memberi sedikit cabaran  bbuat merekea, maka mereka telah terlebih dahulu bersedia dengan pelan kecemasan atau memikir perancangan B atau D pula untuk mencapai C. Paling penting matlamat untuk mencapai C tetap tercapai. Pelbagai cara sebenarnya mampu kita fikir dan lakukan jika kita sentiasa positif dan sentiasa tegar untuk mencapai matlamat kita untuk berjaya.

Manakala hanya satu alasan diperlukan untuk memastikan anda gagal. Ini adalah kerana, hanya dengan satu alasan, 999 cara yang telah anda usahakan sebelum ini akan menjadi sia-sia kerana alasan tersebut akan menghalang anda untuk mencari dan melakukan usaha yang ke 1000.

Saya berazam untuk suatu hari nanti 'blog' saya ini padat dengan info-info bermanfaat yang dapat di manfaatkan oleh ramai orang. Namun kesibukan saya dengan urusan perniagaan saya menghalang saya untuk aktif menulis. Namun ia tidak menjadi penghalang pada saya untuk memberi rupa dan pengisian yang baru dalam blog saya ini, kerana saya tidak memberi alasan pada diri saya untuk berhenti menulis. Ketika masa luang yang agak singkat ini aya perolehi, saya penuhi dengan menulis apa yang saya fikir sebelum ini.

Hasilnya kini selesai sebuah penulisan ringkas dalam masa yang suntuk untuk ditatapi oleh semua. Walaupun hanya ringkas dan ala kadar penulisannya, sekurang-kurangnya usaha ini sedikit mengerakkan penambahan informasi pda blog saya ini.

Sehingga ini dulu cetusan saya kali ini. Akhir kata dari saya, "We Cannot Direct The Wind But We Can Adjust The Sail".

Ikhlas,

Syahril 15 Jan 2013

Tuesday, February 21, 2012

Jika Mahu Menerima, Belajarlah Utk Memberi




Rezki yang Allah beri pd kita hari ini bukanlah hak mutlak kita. Kita adalah sebahagian as-sebab utk
rezki itu tiba ke tempat yg sepatutnya. Kerana itu berapa jua jumplah rezki yg kita terima, pastinya kita akan mengagihkannya ke pelbagai tempat utk pelbagai tujuan. Alangkah baiknya jika dapat amalkan rezki itu utk tujuan sedekah kerana sedekah itu adalah baja terbaik utk menyuburkan lagi rezki kita.Jom kita terus bersedekah....x perlu tunggu ada charity programme baru nak ber sedekah. :)




Allah lebih menyukai, menyayangi dan m
enghargai sekumpulan kecil manusia yg bergabung utk membuat kebaikan berband
ing sekumpulan besar manusia yg berpakat kearah kejahatan....Hari ini.tanya pada diri sendiri.dimanakah anda mahu berada......???????





Lebih indah jika sgala kemuliaan dan kebajikan itu dilakukan bersama2 dgn seluruh ahli keluarga yg tercinta...



Saya berhasrat ingin membentuk sebuah keluarga yg tahu nilai mejadi dermawan.....sesungguhnya ia adalah amalan yg sgt dipuji Allah...Anakanda saya Muhammad Syahir Rafique tidak terlepas utk turut sama dlm programme kali ini....syukur pada mu Ya Allah atasa kesempatan utk lalui detik indah ini bersama dgn yg tersayang.





Berpusu-pusu mengejar barakatullah.

Teknik Barat Mengawal Minda Separa Sedar

Teknik Barat Mengawal Minda Separa Sedar

Terdapat 7 jenis teknik-teknik barat dalam pengawalan minda separa sedar yang telah dikenal pasti. Teknik-teknik tersebut ialah teknik Charles Baudoin, teknik terima kasih, teknik tidur, teknik alasan, teknik penetapan, teknik bioskop mental dan teknik menulis.

1.Teknik Charles Baudoin

Charles Baudoin adalah profesor di Rousseau Institut Peranchis. Beliau adalah ahli psikoterapi yang cekap dan pengarah penelitian dari New Nancy School of Healing yang mencipta cara terbaik bagi memberi kesan kepada minda separa sedar melalui cara masuk semasa tidur. Sebagai contoh, anda menghadapi masalah hutang yang bertimbun-timbun. Sebelum melelapkan mata pada waktu malam, bacalah ayat ini berulang kali, "Selesai dengan memuaskan menurut kehendak Tuhan". Idea dan ayat tidak perlu panjang berjela-jela. Cukup apabila ayat itu dilafazkan secara pendek supaya mudah diingat. Kecerdasan tidak terbatas yang bekerja melalui hukum bawah sedar mendatangkan penserasian menurut prinsip keserasian.

Ulangi proses ini setiap malam selama 10 malam berturut- turut. Rasailah kedamaian serta ketenangan dan anda boleh tidur dengan lena. Keesokan pagi, anda dapat bangun daripada tidur dengan perasaan nyaman dan damai kerana masalah anda sudah selesai.

2.Teknik Terima Kasih

Islam menekankan permintaan kepada Tuhan serta mengucapkan syukur. Hati yang berterima kasih selalu dekat dengan tenaga kreatif alam semesta. Ia menyebabkan banyak anugerah mengalir kepadanya kerana hukum timbal balik adalah berdasarkan hukum kosmik daripada aksi dan reaksi.

Saya ingin berkongsi dengan anda cerita berkenaan Pak Cipto yang selalu berkata, "Hutang bertampuk, aku tidak ada pekerjaan serta mempunyai anak lima dan tidak berduit. Apakah akalku?" Secara teratur, setiap malam selama tiga minggu beliau ulangi kata-kata, "Syukur pada Allah atas kekayaan ini," dengan tenang dan damai sehingga perasaan syukur dan terima kasih pada Tuhan meresapi seluruh sanubarinya. Perasaan kekurangan, kemiskinan serta kehinaan, hilang dengan perlahan- lahan. Ucapan syukur dilakukan olehnya sekerap mungkin.

Walaupun belum lagi menjadi kenyataan, namun beliau tetap mengucapkan syukur dengan kepercayaan serta keyakinan yang tinggi. Akhirnya, Pak Cipto berjaya meraih pendapatan yang lumayan dengan dinaikkan pangkat oleh majikannya.

Contoh yang mudah, umpama seorang ayah yang berjanji kepada anaknya hendak membelikan sebuah motosikal yang cantik apabila anaknya berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sudah pasti anaknya mengucapkan terima kasih kepada ayahnya, walaupun motosikal itu belum lagi dibelinya. Begitulah juga dengan teknik ini, ucapkan kesyukuran dengan yakin dan gembira walaupun belum lagi diterjemah ke alam nyata.

3.Teknik Tidur

Lakukan teknik ini semasa anda hendak melelapkan mata. Pada masa itu, anda berada dalam keadaan hipnogogik (antara lena dan jaga). Gelombang otak anda adalah antara alfa dan delta. Minda anda juga berkualiti dan efektif.

Apabila anda menghadapi masalah yang rumit, semasa hendak tidur, katakan, " Dengan kuasa Tuhan, semua masalah selesai dengan baik." Apabila anda terjaga daripada tidur, ulangi lagi perkataan yang anda ucapkan semalam berkali-kali. Rasailah kepuasan dan ketenangan yang tidak terhingga. Minda separa sedar anda sebenarnya umpama robot dan tidak berperasaan. Maka, setiap perkara yang anda nyatakan pasti diterimanya 100 peratus.

4.Teknik Alasan

Teknik ini banyak digunakan oleh para doktor bagi merawat pesakit. Doktor memberi keyakinan kepada pesakitnya, penyakit yang mereka hadapi itu lebih disebabkan oleh pola fikiran mereka yang negatif. Pesakit selalunya merasakan mereka ditimpa malang apabila mendapat penyakit. Pada masa ini, peranan doktor adalah menegaskan kepada pesakitnya yang penyembuhan boleh berlaku apabila pesakitnya berfikiran positif.

Ini bermakna, pesakit perlu yakin yang penyakitnya dapat sembuh. Minda separa sedarnya pasti percaya yang dia boleh sembuh daripada penyakitnya. Dengan itu, organ- organnya bertugas dengan baik dan urat sarafnya pula menjalankan tugas dengan cekap bagi penyembuhan secara efektif. Dr. Quimby dari Maine banyak menggunakan teknik ini antara tahun 1849 hingga 1869.

5.Teknik Penetapan

Daya penetapan ada pada diri kita semua. Dalam konteks ini, kita bertambah yakin apabila kita sedar yang Tuhan menjadikan kuasa alam semesta ini semata-mata bagi kepentingan manusia.Seorang perempuan muda yang cantik menghadapi masalah diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali melalui panggilan telefon pada setiap hari. Oleh itu, setiap hari perempuan muda itu membuat penegasan, " Dengan kuasa Allah, aku berserah kepadanya. Allah akan melepaskan aku daripada masalah ini. Aku bebas daripada masalah ini." Akhirnya, perempuan muda itu terselamat. Lelaki yang selalu mengganggunya itu hilang pergi entah ke mana. Justeru, apabila kita yakin dan berserah pada Tuhan, apa yang kita hajati pasti tercapai dan pasti ada jalan penyelesaiannya.

6.Teknik Bioskop Mental

Teknik ini lebih menitikberatkan gambaran yang dicipta dalam minda. Pepatah Cina ada menyatakan, 'sebuah gambar berharga lebih daripada seribu kata'. Minda separa sedar sentiasa sensitif pada gambaran yang dibina. Ia menggambarkan serta bertindak seolah-olah diri kita melalui apa yang kita gambarkan. Lalu gambaran itu pasti menjadi kenyataan.

Teknik ini pernah digunakan oleh pemuda yang bernama Ahmad semasa dia cuba menjual barangan syarikat yang dinaunginya. Sebelum tidur pada waktu malam, dia melakukan meditasi (rujuk teknik meditasi) di kerusi malas kepunyaannya. Selepas itu, dia menggambarkan dalam mentalnya dengan terang dan yakin, ramai orang yang mahu dan berminat membeli barangan yang dijualnya. Dia juga dapat merasakan dan menghadirkan bau wang yang diterima daripada setiap pelanggannya. Selepas itu, dia terus tidur dengan penuh rasa kepuasan seolah-olah dia sudah berjaya menjual barangannya. Pada keesokan harinya, dia terkejut apabila perkara yang digambarkannya pada malam itu benar- benar berlaku. Ini kerana, kecerdasan tidak terbatas menjalankan tugasnya bagi merealisasikan apa sahaja yang digambarkan. Tuhan maha berkuasa. Dia menjadikan kita dengan kelebihan yang hebat iaitu keupayaan dan kebolehan berimaginasi.

Teknik ini juga berkesan bagi menggambarkan penyembuhan pada penyakit yang berjangkit. Keajaiban pernah terjadi di mana seorang pemuda menghidap penyakit barah otak. Hasil pemeriksaan doktor, pemuda ini sudah tidak berpeluang sembuh daripada penyakit itu. Dia juga diramal berpeluang hidup dalam tiga bulan sahaja lagi. Namun begitu, pemuda ini tidak pernah berputus asa. Setiap malam, dia melakukan meditasi (rujuk teknik meditasi) dan menggambar-kan sel- sel barah otaknya kian hilang. Dia juga membayangkan yang dia semakin sembuh dari hari ke hari. Pada suatu hari, apabila doktor memeriksa penyakitnya, sel-sel barah pemuda itu sudah tiada lagi. Dengan lain perkataan, pemuda itu sudah sembuh daripada penyakitnya. Sesungguhnya, minda manusia diberi kehebatan bagi penyembuhan secara semula jadi. Begitulah hebatnya kuasa minda yang dianugerah Tuhan.

7.Teknik Menulis

Teknik menulis ini pernah digunakan oleh bekas Presiden USA, James A. Garfield. Semasa beliau berumur 10 tahun, beliau terlihat seorang lelaki yang berpakaian mewah sedang menaiki kereta kuda. Beliau bertanya kepada ibunya siapa lelaki itu. Ibunya memberitahu yang lelaki itu adalah ahli kongres.

Kemudian, beliau terus berazam yang beliau ingin menjadi seorang ahli kongres seperti lelaki yang dilihatnya apabila beliau dewasa. Keesokan harinya, beliau terus menulis hajatnya, "Saya akan menjadi seorang ahli kongres." Beliau melihat tulisan itu pada setiap hari. Dalam konteks ini, minda separa sedar beliau menerima maklumat berkenaan matlamat dan cita- citanya. Seterusnya, minda separa sedarnya menjalankan tugasan bagi merealisasikan cita-citanya. Beliau menggunakan kemahuannya yang bersungguh-sungguh (will power) bagi menjadi seorang ahli kongres.

Pada hari minggu, beliau bekerja memotong kayu supaya dapat mengumpul duit bagi membeli buku dan belajar cara- cara menjadi ahli kongres. Apabila berumur 16 tahun, beliau bekerja sebagai penjaga kedai bagi membantu ibunya. Beliau juga menyambung pelajaran bagi menjadi ahli kongres. Ketika berumur 18 tahun, beliau mendapat kontrak menyapu lantai di Akademi Kolej William dan mendapat punca pendapatan lain dengan mengajar di sekolah. Pada hari minggu pula, beliau mengambil upah memotong kayu. Semasa berumur 20 tahun, beliau berjaya menerima Ijazah Undang-undang dengan kepujian dari Kolej William. 6 tahun kemudian, beliau menjadi senator di wilayahnya dan semasa berumur 33 tahun, beliau berjaya menjadi ahli kongres.
Kejayaannya itu berpunca daripada apa yang difikirkannya. Minda sedarnya menghantarkan maklumat kepada minda separa sedar dengan cara melihat tulisan cita-citanya. Menulis impian anda pada sekeping kertas boleh membawa pemikiran minda separa sedar (subconscious mind) supaya bertugas bagi mencapai impian anda. Berikut adalah cara yang teratur bagi teknik ini:

Tentukan matlamat. Apabila anda hendak berjaya dalam bidang perniagaan, tentukan matlamat secara jelas. Pastikan matlamat itu logik dan mampu anda capai. Misalnya, anda hendak mendapat keuntungan perniagaan RM10, 000 sebulan. Jelaskan pada diri anda yang jumlah itu pasti tercapai.

Kejutkan 12 bilion sel-sel otak dengan menulis matlamat anda. Ini membangkitkan minda separa sedar anda supaya bertugas dan menjayakan matlamat anda. Minda separa sedar bertindak membantu anda mencari peluang bagaimana mendapatkan keuntungan sebanyak RM10, 000 sebulan secara ghaib (di luar jangkauan pemikiran biasa).

Setiap hari, lihat impian yang anda catatkan. Dengan melihat impian itu, ia melibatkan saraf optik yang ukurannya 17 kali lebih besar daripada saraf-saraf yang lain. Saraf itu juga menyebabkan saraf- saraf lain terus menuju ke otak anda.

Buat gambaran setiap hari iaitu selepas anda melihat impian yang anda tulis. Gambaran juga dapat dibuat pada waktu malam, selepas anda bermeditasi dan bertafakur.

Bina cadangan spontan pada diri anda. Buat pernyataan positif pada diri yang anda boleh mencapainya. Gambarkan seolah- olah anda sudah pun mencapai impian yang anda bina. Ucapkan kesyukuran yang tidak berbelah bahagi pada Tuhan. Pastikan anda lakukan dengan penuh perasaan dan emosi. Minda separa sedar hanya bertindak apabila anda beremosi dan berperasaan.

Sentiasa berfikir berkenaan cara mendapatkan RM10, 000 setiap bulan. Minda separa sedar anda pasti mencetuskan idea yang tidak anda duga dan fikirkan sebelum ini. Apabila minda separa sedar anda mencetuskan idea, catat serta lakukan kerja berdasarkan idea itu.

Anda juga boleh menggunakan teknik- teknik di atas bagi pelbagai kegunaan dan kehendak anda. Minda separa sedar anda sedia menerima apa sahaja saranan dan arahan daripada minda sedar tanpa membantah. Anda perlu yakin yang usaha anda akan memperoleh hasil yang baik.


Minda Separa Sedar-Solat Sebagai Motivasi

"Dalam usaha kita nak mencapai kejayaan, kita kena banyak belajar tentang minda separa sedar dan mengkaji bagaimana minda separa sedar berfungsi. Kita kena mengkaji cemana nak mengawal aliran, bukan kita yang dikawal oleh aliran tenaga minda separa sedar kita sendiri. "Minda Separa Sedar "sensitif pada emosi. Sebab itulah untuk membuat minda separa sedar menarik apa yang kita mahukan, kita kena menjaga emosi. Kena sentiasa beremosi baik sepanjang masa, tiap saat, tiap ketika. Orang-orang berjaya bijak megawal emosi sebab itulah jika Anda perhatikan mereka, air muka mereka tenang saja.

"Anda boleh berlatih mengawal emosi melalui. Pakar minda separa sedar sepakat mengatakan Anda memerlukan paling kurang 5-7 minit sehari bermeditasi supaya Anda dapat mengawal emosi lantas dapat mengawal perkara-perkara yang selalu bersimpang-siur di fikiran Anda.

Meditasi adalah mendiamkan diri, menenangkan diri, relaks dan mengawal kadar pernafasan untuk beberapa minit. Untuk menenangkan diri, Anda kena kosongkan fikiran, iaitu melupakan hal-hal lain. Kita bermeditasi supaya kita dapat merasai ketenangan. Ni semua kita dapat rasa ketika menyempurnakan sembahyang fardhu.

Kita disarankan khusyuk dalam solat, tenang dan jangan biarkan fikiran melayang. Itu samalah ngan meditasi, yang bestnya kita wajib buat 5 kali sehari. Selain meditasi biasa, Anda boleh jadikan solat sebagai meditasi.Untuk membuat meditasi Anda meditasi cemerlang, tenangkan diri setenang yang mungkin. Kemudian, selepas selesai solat, berusahalah untuk mengekalkan rasa ketenangan tu sehingga ke waktu solat yang seterusnya.