Assalamu'alaikum semua....
2017 bakal menjelma dalam beberapa hari sahaja lagi....dalam usia yang semakin hari semakin meningkat ini...sentiasa ada sahaja azam tahun baru yang ditambah...memanjangkan lagi senarai azam ditahun-tahun sudah yang sehingga kini masih lagi belum terlaksana....malah mungkin ada diantaranya yang sudah tertangguh sekian lama kerana sengaja atau mungkin disebabkan oleh faktor-faktor yang terlalu pelbagai dan sukar untuk dihuraikan....hanya diri sendiri yang mampu memahami dan rasanya tidak perlu diperjelaskan pada semua orang....yang penting usaha ke arah mencapai setiap hasrat dan azam itu tidak pernah terpadam apalagi dilupakan dan yang paling penting ianya tetap terus diusahakan walau seperlahan mana sekalipun progressnya yang penting kita selalu yakin dengan usaha kita dan izin makbul dari Allah... insya'Allah suatu hari ia bakal menjadi kenyataan jua...
Begitu juga dengan Abam Ril...hasrat ingin istiqamah menulis di blog sentiasa terganggang...terbantut...tergendala dan segala terrrrrr lagi sentiasa menjadi cabaran untuk Abam Ril mencurahkan segala macam hal yang bermain dan berlegar dalam ruang benak kepala ini kedalam bentuk tulisan menjadi terbatas terbatas.....harapan Abam Ril untuk mencoretkan banyak perkara yang mampu memberi manfaat dalam kehidupan ramai orang dalam bentuk santai dan tidak terlalu mengikut skematik corak penulisan penulis-penulis hebat diluar sana.....malah Abam Ril juga berharap agar suatu hari nanti Abam Ril dapat menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah karya penulisan santai yang memberi manfaat dan pengisian yang bersifat alami agar ia mudah dihadam dan dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat dan generasi....tambahan pula didalam benak kepala Abam Ril nie sebenarnya ada sangat banyak...yesss....sangat banyak perkara...pengalaman....ilmu dan segala mcam perkara yang Abam Ril ingin samaikan dan terapkan kepada generasi @ anak-anak Abam Ril sendiri.....tapi rasanya jika Abam Ril nak download secara manual pasti mengambil masa yang sangat lama dan panjang....kemungkinan besar nafas Abam Ril akan habis dahulu pun pasti apa yang nak disampaikan nie takkan habis lagi....hehehehe
Namun Abam Ril berusaha keras untuk memastikan apa yang Abam Ril nak sampaikan itu berjaya di alirkan setiap hari...sedikit demi sedikit agar tidaklah ia tinggal usang bersawang kat dalam kepala nie...hehehe...So that's why Abam Ril akan cuba pastikan Abam Ril update and jottin something kata dalam Facebook Wall Status Abam Ril setiap hari....Without missed Insya'Allah....merangkumi pelbagai topik...perkara dan kespontanan situasi Abam Ril catatkan di situ....adakalah jika ada sedikit kelapangan Abam Ril akan cuba menggarapnya kedalam bentuk penceritaan yang lebih mudah untuk difahami dan dihayati penceritaannya dan paling penting sampai mesejnya....namun kadangkala...curahan idea menulis membuak-buak...panjang berjela-jela...so menulis di dada mukabuka mungkin sudah tidak relevan...malah ada beberapa followers Abam Ril yang suka membaca tulisan dan perkongsian santai Abam Ril mencadangkan agar Abam Ril untuk aktif semula menulis di blog usang ini....malah ada yang request untuk Abam Ril menulis buku....sememangnya hasrat tu dah lama terpendam.....cuma seperti Abam Ril kata tadi...ada cabaran yang perlu dihadapi yang menjadi kekangan untuk Abam Ril melaksanakannya...
Semalam Abam Ril sempat menonton Live Video dari seorang sahabat lama yang kini sudah bergelar penulis tersohor di Malaysia....antara perkongsiannya adalah meluangkan masa secara istiqamah untuk menulis sekurang-kurangnya satu muka surat.....cadangan itu membuatkan semangat Abam Ril berkobar semula....Jadi...Insya'Allah dilembaran 2017 yang bakal tiba ini Abam Ril berazam untuk mula menulis semula dengan memberi nafas baru kepada blog ini....insya'Allah...Lagipun kali ini...suri hati Abam Ril sendiri dah bagi semangat untuk Abam Ril memberi lebih fokus kepada penulisan...She know i love sharing so much....
Dari segi pemilihan genre penulisan Abam Ril memilih untuk menulis dalam pelbagai genre...mengikut mood dan hati.....berkongsi kisah-kisah dari pengalaman dan kiasan berbanding kisah-kisah khayalan....sebab Abam Ril bukanlah individu yang kuat berangan....namun aset yang Abam Ril ada adalah pelbagai pengalaman hidup yang Abam Ril yakin jika dikongsikan pasti akan dapat memberikan sedikit manfaat kepada yang sudi membacanya...
Abam Ril juga terinspirasi dari penulisan-penulisan Tuan Saiful Nang..malah terdetik didalam hati Abam Ril untuk turut melakukan perkara-perkara yang sama seperti yang beliau telah laksana dan realisasikan....penceritaannya didalam buku tulisanny "Kisah Orang Menang" sangat menginspirasi hasrat Abam Ril untuk menulis ini.....perkongsian sebuah liku kehidupan...Walaupun kejayaan belum lagi menjadi milik Abam Ril....Namun Abam Ril percaya...the spirit of fighting yang ingin Abam Ril sampaikan itu sangat bernilai dan perlu dikongsikan....malah pengalaman-pengalaman membesar merempuhi dua generasi yang berbeza pasti memberikan impak yang baik buat generasi baru yang terlepas peluang untuk melaluinya juga kepada generasi seangkatan yang sentiasa rindukan imbasan dan ulang tayang nostalgia kehidupan mereka...
Insya'Allah...Abam Ril akan usahakan bersungguh-sungguh kali ini...walaupun azam Abam Ril pada tahun ini agak kesamaran dan perlu ada banyak perkara yang perlu Abam Ril laksana dan selesaikan....namun Abam Ril percaya...kesempurnaan tidak akan wujud tanpa dimulakan dengan usaha...walaupun usaha itu kelihatan kecil...Abam Ril pasti berusaha untuk istiqamah dengan azam tahun 2017 ini.
Cukuplah lah dulu muqaddimah pada usaha azam Abam Ril sebagai pembukaan tahun 2017 yang pastinya sangat mencabar buat semua orang ini.
Insya'Allah...next post from Abam Ril will come very soon....mohon kepada yang sudi membaca dan rajin membaca agar dapat memberikan support kepada Abam Ril...semoga Allah merahmati hidup kali semua....
Kita tangguh cerita dulu yer... ;)
Abam Ril
Lembah Pantai 29 Dec 2016
No comments:
Post a Comment