TMUGTMUGB

"The More You Give, The More You Get Back"

Tuesday, January 29, 2013

"KEBERSAMAAN" Dalam Perniagaan

Salam kejayaan buat semua....

Saya sendiri tidak pasti sejauh mana tulisan2 saya di blog ini dibaca @ skadar ditatap diluar sana. Namun komen2 scara lansung yang saya terima dari beberapa kawan yang lepak santai bersama saya sebelum ini meyakinkan saya bahawa mereka dapat menerima mesej yang saya ingin sampaikan melalui usaha kecil saya ini. Itu sudah cukup untuk terus membakar semangat saya untuk terus menulis disini. Saya percaya, setiap sesuatu perlu bermula untuk kita melihat hasilnya. Dari 1 menjadi 2, dari 2 menjadi 4, dari 4 menjadi lapan dan begitulah seterusnya.

Saya memilih untuk menggunakan masa luang saya hari ini dengan menulis dari rumah sahaja, walaupun kebiasaannya saya suka untuk keluar dan bersantai di kopitiam2 berdekatan bertemankan sebuah komputer riba dan berbekalkan secawan kopi pekat yang pasti mencerahkan pandangan saya. Seronok juga bila sesekali bersendirian dirumah untuk menulis, tapi saya bukan lah jenis orang yang suka bersendiri. Saya suka melakukan aktiviti saya dalam kumpulan atau setidak-tidaknya ditempat dimana saya boleh melihat manusia lain disekitar saya. Saya percaya, kita akan jadi kurang produktif jika kita hanya bekerja dan hidup bersendirian.

Sebelum ini saya penuhi jadual harian saya untuk bersama-sama rakan dan kenalan diluar sana bertemu secara alami untuk berkongsi dan membantu mereka dalam sama-sama menjalankan perniagaan masing. Kesannya sangat memberansangkan apabila semangat setiakawan itu dapat digembeling bersama demi menuju impian kejayaan masing.

Saya juga sentiasa percaya, untuk berjaya duniawi dan ukhrawi, kita harus sentiasa mengikut perkembangan dan peningkatan semasa dari pelbagai sudut dan aspek pembangunan. Antaranya saya kagum dengan perkembangan perniagaan yang berangkai dari kemudahan komunikasi yang dicetuskan dari fenomena 'internet' yang memberi impak yang sangat hebat pada abad ini dari semua skop.

Rasa tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan ini membawa saya untuk cuba mengadaptasi teknologi yang ada selari dengan objektif saya selama ini iaitu untuk menggalakkan dan mengajak masyarakat terutama kenalan-kenalan saya untuk aktif berniaga dengan cara mempermudahkan lagi "method" @ corak perniagaan mereka yang sedia ada.

Justeru, baru-baru ini, setelah menimbangkan beberapa faktor kelemahan dan kekurangan yang biasa wujud pada setiap peniaga yang baru, maka saya telah memilih ruang dan kemudahan yang diberi secara percuma di Facebook untuk membantu kenalan2 dalam mempermudahkan sistem pemasaran bagi produk2 dan servis2 yang mereka tawarkan.

Pada 25 Januari 2013, secara rasminya saya telah membuka satu laman khusus di 'page Facebook' dengan nama " Sales Boom Mania" atas tujuan untuk mewujud dan melatih setiap peniaga untuk berniaga dengan cara yang lebih mudah dan pada masa yang sama mengamalkan etika berniaga yang sebenar, kerana saya dapati kini ramai yang cuba berniaga di internet tetapi banyak melanggar etika perniagaan dan juga ketenteraman pelayar2 internet yang lain.

Baiklah, saya tak mahu menyentuh tentang kod etika semasa anda berinternet, kerana fokus saya adalah pembentukan komuniti tegar positif dalam perniagaan. Oleh itu saya ingin jelaskan tentang 'kebersamaan' yang perlu ada dan sangat penting bagi komuniti perniagaan.
.
Jika didunia nyata, adalah lebih jelas untuk kita lihat tentang kebersamaan dalam perniagaan dimana terdapatnya kelompok-kelompok yang menjalankan perniagaan secara kumpulan. Ramai antaranya hanya berkelompok dalam kumpulan-kumpulan perniagaan yang khusus. Ada juga diwujudkan kumpulan-kumpulan besar seperti Dewan Perniagaan (Melayu, Cina dan India) yang meletakkan pelbagai jenis dan latar belakang perniagaan dalam organisasi mereka. Namun pada saya, kebersamaan sebenar dalam perniagaan masih dinafikan disitu kerana wujudnya pemecahan mengikut kaum dan tahap.

Apa yang saya pelajari hari ini dari mentor-mentor saya yang rata-rata telah menjadi usahawan, jutawan dan hartawan yang hebat adalah "kebersamaan dalam perniagaan" dalam ertikata yang sebenar. Bagaimana saya telah dibentuk dan dididik oleh mereka, begitulah juga penerapan yang cuba saya lakukan dan berikan pada kenalan yang bersama-sama dengan saya untuk mencipta kejayaan terulung buat diri masing-masing.

Pertama, kebersamaan yang saya maksudkan adalah setiap individu dalam kelompok yang sama perlu sentiasa memberi peluang yang sama rata pada individu yang lain untuk meningkat, jangan sesekali bersikap mementingkan diri sendiri sebaliknya kita harus saling menyokong antara satu sama lain.

Kedua, kebersamaan memerlukan kita untuk saling memberi dan menerima antara satu sama lain, janganlah jika anda menjual produk A maka anda cuba menafikan yang lain. Saya percaya setiap peniaga ada rezkinya sendiri, setiap perniagaan ada kehebatannya tersendiri, setiap produk ada kebaikan dan keunikan nya sendiri dan setiap kemahiran ada kelebihannya tersendiri. Bukankah lebih baik jika kita saling mempromosi semua ini secara positif dan bersungguh-sungguh dan selalu yakin jika Allah telah tetapkan rezeki kita disitu, tiada siapa berhak menghalang atau menafikan lagi. Jangan sekali-kali memburuk-burukkan perniagaan orang lain. Percayalah "The More You Give, The More You'll Get Back".

Ketiga, kebersamaan seharusnya mengajar kita untuk tidak lokek berkongsi pendapat, peluang, ilmu dan pengetahuan kerana dari situlah akan terhasilnya rumus kepada keputusan yang lebih baik buat semua.

Keempat, kebersamaan bererti satu usaha yang bukan diusahakan secara individu, tetapi secara gembelingan tenaga, kepakaran dan buah fikiran setiap ahlinya kerana itulah ia disebut ke'bersama'an. Bukan begitu?

Kelima, kebersamaan seharusnya menjadikan kita lebih kuat, bukannya untuk kita bertelagah sesama sendiri, berbesar kepala dan cuba mengepalai. Ia adalah ruang untuk kita memberi dan menerima.

Keenam, kebersamaan seharusnya menjadikan sesuatu urusan jadi lebih mudah, efektif dan lebih sempurna, bukan sebaliknya.

Pada kenalan2 saya diluar sana diluar sana yang telah biasa berurusan dan sentiasa bersama saya dalam menjalankan perniagaan pastinya sudah arif dengan kebersamaan yang cuba saya sampaikan disini. Namun bagi kenalan yang bersama-sama dengan saya diawal permulaan 'page Facebook' "Sales Boom Mania", semangat kebersamaan inilah yang cuba saya bawa pada kalian.

Konsep saya di "Sales Boom Mania" bukan menjadikan kerja anda sangat mudah, tetapi adalah untuk menjadikan kerja anda lebih efektif, banyak memberi, semi-auto, nilai penjimatan dan ilmu perniagaan yang berkaitan dalam mencapai objektif bersama untuk mencipta keuntungan yang bersih, suci, halal dan diberkati, kerana itu kebersamaan juga perlu dibentuk disitu.

Walaupun Facebook hanyalah laman maya yang mana kadangkala kita berkomunikasi tanpa mengenal kenalan kita secara fizikal, hakikatnya setiap yang mengoperasikannya adalah manusia biasa, kerana itu, konsep kebersamaan dalam perniagaan didunia maya juga amat berkesan dan perlu dipupuk dan dan dipraktis oleh semua.

Untuk mencapai kebersamaan scara maya di group "Sales Boom Mania", saya mengesyorkan anda untuk melakukan perkara2 berikut.

1. Sentiasa'post' iklan-iklan@ testimoni yang memberansangkan.

2. Selepas 'post' jangan lupa untuk melihat 'post' lain dari rakan dan pastikan anda 'like' post rakan2 anda yang lain kerana secara tidak lansung, anda akan membantu rakan anda untuk mempromosikan produk@servis mereka. Jika semua pengiklan mengamalkan perkara yang sama, maka anda sudah mula 'memberi dan menerima'. Sekaligus tanggung jawab untuk mewarwarkan setiap iklan yang ada dapat dipikul bersama bukan hanya meletakkannnya pada admin semata-mata.

3. Sentiasa mempromosikan page "Sales Boom Mania" bersama-sama, jangan harapkan admin semata-mata. Kalau admin yang satu atau anda berseorangan cuma sempat promosikan pada 10 orang sahaja pada satu hari, maka lambatlah untuk anda yang beriklan disitu akan dapat perhatian dari pembeli. Tapi jika ada 10 org meletakkan ikaln disitu, dan setiap satu mempromosikan page "Sales Boom Mania" pada 10 orang setiap hari, secara tak lansung, anda telah membawa 100 pelanggan dalam satu hari untuk melihat iklan anda yang akhirnya memungkinkan produk@servis and terjual.

Hanya 3 langkah mudah untuk anda wujudkan kebersamaan dalam perniagaan secara maya.

Baiklah, itu adalah serba sedikit yang saya dapat kongsikan secara maya, tetapi jika anda mahu tahu rahsia bagaimana saya memperkembangkan perniagaan dengan lebih pantas secara alami, maka anda kena berjumpa dengan saya juga secara alami, pasti saya akan kongsikan pada anda secara PERCUMA.

Saya rasakan cukup dulu sekadar itu penulisan dan perkongsian saya buat kali ini. InsyaAllah, saya akan sentiasa cari bahan2 yang ada kelainannya untuk saya kongsikan bersama.

"JANGAN TAKUT UNTUK BERMULA, KERANA ORANG YANG GAGAL ADALAH ORANG YANG TIDAK PERNAH BERMULA DAN TIDAK PULA MENGHABISKAN APA YANG TELAH DIMULAI"

Ikhlas,
Syahril Anuar Mohamad
Pantai Dalam

I'm promoting "Sales Boom Mania" for everybody who need a FREE room to SUCCESS!!!!!

No comments: