Masa ada lebih kurang sejam lebih sebelum saya membuat satu pembentangan tentang cara untuk berniaga lebih baik dan sejajar dengan keperluan arus di abad 21.
Saya tidak bercadang untuk menulis panjang, cukup jika para pembaca memahami dan mengamati maksud penulisan saya kali ini.
Ramai yang saya jumpa secara lansung mahupun tidak lansung, saya dapati sangat ramai yang kini sedang berusaha untuk berjaya. Syukur alhamdulillah, satu perkembangan yang amat memberansangkan bagi generasi "Y" yang ada bertebaran diatas muka bumi Allah ini.
Namun sgt ramai juga yang dihantui dengan fenomena GAGAL yang sangat menggerunkan mereka untuk berjaya. Apa yang saya dapati sebenarnya, ramai antara kita yang memang berusaha, namun lebih ramai lagi antara kita yang terus menerus mengamalkan sikap dan mengekalkan minda mereka pada tahap yang lama. Tahap yang lapuk dan terbukti tidak membantu perkembangan mereka ke arah kejayaa. Alasan demi alasan mereka cari, sipta dan berikan pada setiap usaha mereke untuk menempa kejayaan terawal mereka.
Ramai sebenarnya juga yang keliru antara 'alasan' dan 'sebab'. Biar saya jelaskan secara ringkas. 'Alasan' sebenarnya adalah suatu perkara yang kita cari, cipta, fikir demi melarikan diri kita dari melakukan sesuatu. Manakala 'Sebab' pula ada suatu perkara yang berlaku atas kehendak Maha Pencipta yang kita tak mamu untuk elakkan dan bukan dalam kuasa kita untuk menentukan.
Bak kata mentor saya seorang usahawan dan jtawan yang hebat, " ALASAN yang paling KUKUH adalah SEBAB yang paling KUAT untuk GAGAL". Oleh sebab itu ramai antara kita sebenarnya sedang menempa kegagalan mereka sendiri kering sering memberi alasan pada diri sendiri dan orang lain.
Orang yang benar-benar ingin kan sebuah kejayaan pasti akan mencari pelbagai cara yang membolehkan dia berjaya. Setiap halangan dan cabaran diambil sebagai ilmu dan tapak lonjakan untuk mereka mencapai suatu perkembangan yang positif. Jika mereka merancang untuk melakukan A, untuk mencapai C tp ada halangan dan sebab yang memberi sedikit cabaran bbuat merekea, maka mereka telah terlebih dahulu bersedia dengan pelan kecemasan atau memikir perancangan B atau D pula untuk mencapai C. Paling penting matlamat untuk mencapai C tetap tercapai. Pelbagai cara sebenarnya mampu kita fikir dan lakukan jika kita sentiasa positif dan sentiasa tegar untuk mencapai matlamat kita untuk berjaya.
Manakala hanya satu alasan diperlukan untuk memastikan anda gagal. Ini adalah kerana, hanya dengan satu alasan, 999 cara yang telah anda usahakan sebelum ini akan menjadi sia-sia kerana alasan tersebut akan menghalang anda untuk mencari dan melakukan usaha yang ke 1000.
Saya berazam untuk suatu hari nanti 'blog' saya ini padat dengan info-info bermanfaat yang dapat di manfaatkan oleh ramai orang. Namun kesibukan saya dengan urusan perniagaan saya menghalang saya untuk aktif menulis. Namun ia tidak menjadi penghalang pada saya untuk memberi rupa dan pengisian yang baru dalam blog saya ini, kerana saya tidak memberi alasan pada diri saya untuk berhenti menulis. Ketika masa luang yang agak singkat ini aya perolehi, saya penuhi dengan menulis apa yang saya fikir sebelum ini.
Hasilnya kini selesai sebuah penulisan ringkas dalam masa yang suntuk untuk ditatapi oleh semua. Walaupun hanya ringkas dan ala kadar penulisannya, sekurang-kurangnya usaha ini sedikit mengerakkan penambahan informasi pda blog saya ini.
Sehingga ini dulu cetusan saya kali ini. Akhir kata dari saya, "We Cannot Direct The Wind But We Can Adjust The Sail".
Ikhlas,
Syahril 15 Jan 2013
No comments:
Post a Comment