TMUGTMUGB

"The More You Give, The More You Get Back"

Business


Ada org tak tau mcmne cara buat duit yg terbaik, ada juga yg tau buat duit tp x tau cara terbaek nak 'allocate' duit yg byk tu supaya dia x susut....


APA PILIHAN YANG ANDA ADA HARI INI???????


Assalamualaikum W.B.K., Apa Khabar Semua? (Jwb dgn gaya anda sendiri :) )


Pilihan......itu main point pada persoalan yg saya nak kupas dalam penulisan harini. Sudah 13 tahun saya bekerje jadi kuli org dan dalam x sdar saya secara terus dan dalam paksa rela telah dikerah dan mengerah tenaga dan usaha saya utk memberi kejayaan pada org lain tanpa saya sendiri sedar, saya dan ANDA SEDANG MENGAYAKAN ORANG LAIN.


ADUH!!! ruginya aku....ada antara kita baru 3-4 tahun bekerja.....ada yg dan berbelas tahun......malah ramai jugak yg dah berpuluh tahun bekerja dan mengharapkan gaji bulanan utk meneruskan kehidupan bujang!berkeluarga mereka......sedar x sedar, dah bertahun2 mereka mengeluh dgn pelbagai perasaan, tak puas hati, penat,tertekan, geram, marah  dan pelbagai lagi perasaan negatif yg timbul stelah makin lama kita bekerja dgn org.


Pada yg agak pintar, mereka ada perancangan utk naik pangkat, cari gaji lebih besar dan lompat gaji. OKlah tu dari lansung x buat pape dan asyik berserah pastu ari2 dok bersungut. Dah jadi 'Men ajer', 'Ex kutip', 'Enjin Naya'......WAHHHHH!!!! Hebatnya profession kita.......org kat bawah tgk kita kat atas....wahhhh hebatnya dia muda2 dah jd boss....masa yg sama dorg dok maki jugak kita.....celake nyer bos....padahal dia kuli gak mcm kita......tapi lagak mcm company tu dia yg punya......itulah hakikatnyer......yg kat bawah x tau lak yg dok kat atas tu.....pangkat makin besar, gaji x besar mana pun tp t'jwb dan komitmen yg mereka tanggung sgt besar....malah x berbaloi pn dgn gaji mereka yg 3-4 riban tu.......paling truk.....org kat luar x tau pun klu kita sbg 'Men Ajer', tgh bulan akaun kita dah tinggal 2 angka.......huhuhu...tp inilah hakikatnya org bekerja.....lg besar pangkat,lg besar gaji.......makin truk hidup kita makin mewah bos kita makin ramai x suka kita......duit x berapa nak ada masa ilang tah kemana.......


Pada yg memberi pilihan dalam hidup mungkin memilih utk kerja lebih baik supaya ada peningkatan dalam kerjaya, ada juga yg memilih utk bodek bos biar blh naik gaji.....ada yg gna cara bersih ada guna cara kotor......slalunya yg guna cara bersih nie......hasil dia x sempat ujung bulan akaun dia pun dah bersih.......yg guna cara kotor lak.....nama pun dah kotor so hidup dorg lg serabut sbb dpt rezki x berkat sbb sker tikam blakang org lain....


Namun pada yg bijak, mereka mula menjinak2kan diri utk berniaga.....bermula dr kecil2an akhirnya mungkin boleh berjaya dan mereka blh mula jadi bos plak.......asyik jd 'kuli tokey' baik jd 'tokey kuli' plak.......huhuhu....biar berniaga kcik2 dulu xpe, janji halal dan menysahkan org........klu sakit kpala pn puas ati sbb hasilnya smer kita yg punya.btul x? Lagi pun dalam Islam pn diajar rezki org berniaga itu 9/10 nisbah keuntungannya.Btul x?


So rata2, ramai dah sdar dgn masalah dunia makan gaji nie, kerana itu sgt ramai sekarang nie yg dah mula mencari duit tepi, ada yg cara baik ramai jugak yg guna cara x baik. So, dari penyelidikan saya, saya dapati, lebih kurang 90% org bekerja terfikir utk berniaga tapi hanya 50% yg bermula dan 15% yang survive tapi cuma 5% sahaja yg benar2 berjaya. 


Aiseymannnn........td dah syok sbb rezki org berniaga 9/10 nisbah keuntungan nya......tp yg berjaya cuma 5% plak......hmmmm takutlah, besarnya risiko, blh berjaya ke klu aku berniaga, modal pn masalah nie.......nak berniaga apa bru leh untung ekkk? Mcm2 persoalan timbul......makin lama makin negatif..last skali......xpelah aku makan gaji jelah sampai tua.......Inilah punca kenapa ramai yg gagal bila nk berniaga.....inilah juga punca knp 50% jer yg bermula.......dan inilah juga punca knp hanya15% yg survive sbb asyik dok fikirkan pasal kegagalan dalam berniaga......sebaliknya, 5% yg berjaya nie, dorang hanya 'FOKUS PADA KEJAYAAN'.


Hari ini, kenapa anda membaca penulisan yg ada di blog saya?PASTINYA.....kerana dalam diri anda ada keinginan utk berjaya...betul x? Hari ini anda mahu berniaga dan berjaya. Anda ingin jadi golongan 5% yg berjaya, stuju x? Jika anda ingin jadi golongan 95% iaitu org yg biasa.......boleh HENTIKAN PEMBACAAN ANDA.......SEKARANG!!!!!
?
?
?
?
?
!
!
!
!
!
Bagi ingin meneruskan........alhamdulillah, walaupun belum berjaya, tp anda ada kekuatan dan usaha utk berjaya......so teruskan membaca......... ;)


Baiklah, saya ingin terus menjurus kepada guidline sebuah perniagaan yg boleh berjaya....SERONOK x? Nak tahu x?...........


Okay....hari nie jika anda ingin mula berniaga, apakah yg paling penting dan paling anda perlukan utk berniaga? JAWAPANNYA!!!


MODAL...
MODAL...
MODAL...
MODAL...
MODAL...
MODAL...
Arghhhhhh............MODAL xde.....!!!
Camner nak berniaga nie.......???????huhuuh


So, anda mmg x boleh berniaga.........tau x sebab apa? Sebabnya anda telah terlebih dahulu memberi jawapan yg salah sebelum memulakan perniagaan. Awal2 anda dah block diri anda dari perniagaan kerana anda membuat pendekatan yang salah dalam memulakan sesuatu perniagaan.


Ilmu yg saya peroleh ketika menyertai Kursus Asas Keusahawanan anjuran Institut Pembangunan Usahawan Negara (INSPEN), menyatakan bahawa keutaamaan yg perlu ditekan sebelum mula berniaga adalah :


1. Peluang Yang Baik
(Peluang perniagaan yg unik, menarik dan fresh market dan paling penting mampu anda lakukan)


2. Berbaloi
(Kalau pluang bagus.mampu buat skalipun klu untung x berbaloi, baik x yah buat, btul x?)


3. Modal
(So, kalau dah pluang tu mmg bagus, kita pun mampu buat, dan kalau kita buat boleh mendatangkan keuntungan yg berbaloi, apa adahal ngn modal btul x?klu kena gadai tanah ke pinjam bank ke?kita x risau sbb kita tau kita boleh bayar balik. Jgn pinjam ngn Ah Long sudah........itu cari pasal namanya.....huhuhu...)


So harini, apa yg perlu anda buat sebenarnya adalah mencari satu peluang yg terbaik dan mampu anda laksanakan dulu. Tak payah kelam kabut nk kaya cepat dgn pikir bisnes2 hebat yg anda sendiri x mampu nk buat. Kerana akhirnya ramai dikalangan kita akan mula melupakan impian dorg utk berniaga dan akan trus terikat dgn dunia makan gaji yg mmg x berbaloi mana tu.


Bagaimana nk cari peluang perniagaan yg baik? hmmmmm............nampaknya anda masih lagi ada masalah utk mula berniaga...btul x? :)


Saya ada RAHSIANYA.......Saya boleh berikan anda 'Tips Terbaik'  dan 'Secret Recipe' Bagaimana utk anda cepat berjumpa dgn peluang perniagaan yg terbaik dalam hidup anda. Peluang yang terbaik, mampu dan berbaloi  utk anda laksanakan...Insya'Allah akan dikongsikan nanti...banyak sangat nak buat nie...tak sempat lah pulak..hehehe


"The More You Give The More You'll get Back" "You're The LORD Of Your Own Destiny"


Abam Ril












No comments: