TMUGTMUGB

"The More You Give, The More You Get Back"

Tuesday, February 21, 2012

Jika Mahu Menerima, Belajarlah Utk Memberi




Rezki yang Allah beri pd kita hari ini bukanlah hak mutlak kita. Kita adalah sebahagian as-sebab utk
rezki itu tiba ke tempat yg sepatutnya. Kerana itu berapa jua jumplah rezki yg kita terima, pastinya kita akan mengagihkannya ke pelbagai tempat utk pelbagai tujuan. Alangkah baiknya jika dapat amalkan rezki itu utk tujuan sedekah kerana sedekah itu adalah baja terbaik utk menyuburkan lagi rezki kita.Jom kita terus bersedekah....x perlu tunggu ada charity programme baru nak ber sedekah. :)




Allah lebih menyukai, menyayangi dan m
enghargai sekumpulan kecil manusia yg bergabung utk membuat kebaikan berband
ing sekumpulan besar manusia yg berpakat kearah kejahatan....Hari ini.tanya pada diri sendiri.dimanakah anda mahu berada......???????





Lebih indah jika sgala kemuliaan dan kebajikan itu dilakukan bersama2 dgn seluruh ahli keluarga yg tercinta...



Saya berhasrat ingin membentuk sebuah keluarga yg tahu nilai mejadi dermawan.....sesungguhnya ia adalah amalan yg sgt dipuji Allah...Anakanda saya Muhammad Syahir Rafique tidak terlepas utk turut sama dlm programme kali ini....syukur pada mu Ya Allah atasa kesempatan utk lalui detik indah ini bersama dgn yg tersayang.





Berpusu-pusu mengejar barakatullah.

Teknik Barat Mengawal Minda Separa Sedar

Teknik Barat Mengawal Minda Separa Sedar

Terdapat 7 jenis teknik-teknik barat dalam pengawalan minda separa sedar yang telah dikenal pasti. Teknik-teknik tersebut ialah teknik Charles Baudoin, teknik terima kasih, teknik tidur, teknik alasan, teknik penetapan, teknik bioskop mental dan teknik menulis.

1.Teknik Charles Baudoin

Charles Baudoin adalah profesor di Rousseau Institut Peranchis. Beliau adalah ahli psikoterapi yang cekap dan pengarah penelitian dari New Nancy School of Healing yang mencipta cara terbaik bagi memberi kesan kepada minda separa sedar melalui cara masuk semasa tidur. Sebagai contoh, anda menghadapi masalah hutang yang bertimbun-timbun. Sebelum melelapkan mata pada waktu malam, bacalah ayat ini berulang kali, "Selesai dengan memuaskan menurut kehendak Tuhan". Idea dan ayat tidak perlu panjang berjela-jela. Cukup apabila ayat itu dilafazkan secara pendek supaya mudah diingat. Kecerdasan tidak terbatas yang bekerja melalui hukum bawah sedar mendatangkan penserasian menurut prinsip keserasian.

Ulangi proses ini setiap malam selama 10 malam berturut- turut. Rasailah kedamaian serta ketenangan dan anda boleh tidur dengan lena. Keesokan pagi, anda dapat bangun daripada tidur dengan perasaan nyaman dan damai kerana masalah anda sudah selesai.

2.Teknik Terima Kasih

Islam menekankan permintaan kepada Tuhan serta mengucapkan syukur. Hati yang berterima kasih selalu dekat dengan tenaga kreatif alam semesta. Ia menyebabkan banyak anugerah mengalir kepadanya kerana hukum timbal balik adalah berdasarkan hukum kosmik daripada aksi dan reaksi.

Saya ingin berkongsi dengan anda cerita berkenaan Pak Cipto yang selalu berkata, "Hutang bertampuk, aku tidak ada pekerjaan serta mempunyai anak lima dan tidak berduit. Apakah akalku?" Secara teratur, setiap malam selama tiga minggu beliau ulangi kata-kata, "Syukur pada Allah atas kekayaan ini," dengan tenang dan damai sehingga perasaan syukur dan terima kasih pada Tuhan meresapi seluruh sanubarinya. Perasaan kekurangan, kemiskinan serta kehinaan, hilang dengan perlahan- lahan. Ucapan syukur dilakukan olehnya sekerap mungkin.

Walaupun belum lagi menjadi kenyataan, namun beliau tetap mengucapkan syukur dengan kepercayaan serta keyakinan yang tinggi. Akhirnya, Pak Cipto berjaya meraih pendapatan yang lumayan dengan dinaikkan pangkat oleh majikannya.

Contoh yang mudah, umpama seorang ayah yang berjanji kepada anaknya hendak membelikan sebuah motosikal yang cantik apabila anaknya berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sudah pasti anaknya mengucapkan terima kasih kepada ayahnya, walaupun motosikal itu belum lagi dibelinya. Begitulah juga dengan teknik ini, ucapkan kesyukuran dengan yakin dan gembira walaupun belum lagi diterjemah ke alam nyata.

3.Teknik Tidur

Lakukan teknik ini semasa anda hendak melelapkan mata. Pada masa itu, anda berada dalam keadaan hipnogogik (antara lena dan jaga). Gelombang otak anda adalah antara alfa dan delta. Minda anda juga berkualiti dan efektif.

Apabila anda menghadapi masalah yang rumit, semasa hendak tidur, katakan, " Dengan kuasa Tuhan, semua masalah selesai dengan baik." Apabila anda terjaga daripada tidur, ulangi lagi perkataan yang anda ucapkan semalam berkali-kali. Rasailah kepuasan dan ketenangan yang tidak terhingga. Minda separa sedar anda sebenarnya umpama robot dan tidak berperasaan. Maka, setiap perkara yang anda nyatakan pasti diterimanya 100 peratus.

4.Teknik Alasan

Teknik ini banyak digunakan oleh para doktor bagi merawat pesakit. Doktor memberi keyakinan kepada pesakitnya, penyakit yang mereka hadapi itu lebih disebabkan oleh pola fikiran mereka yang negatif. Pesakit selalunya merasakan mereka ditimpa malang apabila mendapat penyakit. Pada masa ini, peranan doktor adalah menegaskan kepada pesakitnya yang penyembuhan boleh berlaku apabila pesakitnya berfikiran positif.

Ini bermakna, pesakit perlu yakin yang penyakitnya dapat sembuh. Minda separa sedarnya pasti percaya yang dia boleh sembuh daripada penyakitnya. Dengan itu, organ- organnya bertugas dengan baik dan urat sarafnya pula menjalankan tugas dengan cekap bagi penyembuhan secara efektif. Dr. Quimby dari Maine banyak menggunakan teknik ini antara tahun 1849 hingga 1869.

5.Teknik Penetapan

Daya penetapan ada pada diri kita semua. Dalam konteks ini, kita bertambah yakin apabila kita sedar yang Tuhan menjadikan kuasa alam semesta ini semata-mata bagi kepentingan manusia.Seorang perempuan muda yang cantik menghadapi masalah diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali melalui panggilan telefon pada setiap hari. Oleh itu, setiap hari perempuan muda itu membuat penegasan, " Dengan kuasa Allah, aku berserah kepadanya. Allah akan melepaskan aku daripada masalah ini. Aku bebas daripada masalah ini." Akhirnya, perempuan muda itu terselamat. Lelaki yang selalu mengganggunya itu hilang pergi entah ke mana. Justeru, apabila kita yakin dan berserah pada Tuhan, apa yang kita hajati pasti tercapai dan pasti ada jalan penyelesaiannya.

6.Teknik Bioskop Mental

Teknik ini lebih menitikberatkan gambaran yang dicipta dalam minda. Pepatah Cina ada menyatakan, 'sebuah gambar berharga lebih daripada seribu kata'. Minda separa sedar sentiasa sensitif pada gambaran yang dibina. Ia menggambarkan serta bertindak seolah-olah diri kita melalui apa yang kita gambarkan. Lalu gambaran itu pasti menjadi kenyataan.

Teknik ini pernah digunakan oleh pemuda yang bernama Ahmad semasa dia cuba menjual barangan syarikat yang dinaunginya. Sebelum tidur pada waktu malam, dia melakukan meditasi (rujuk teknik meditasi) di kerusi malas kepunyaannya. Selepas itu, dia menggambarkan dalam mentalnya dengan terang dan yakin, ramai orang yang mahu dan berminat membeli barangan yang dijualnya. Dia juga dapat merasakan dan menghadirkan bau wang yang diterima daripada setiap pelanggannya. Selepas itu, dia terus tidur dengan penuh rasa kepuasan seolah-olah dia sudah berjaya menjual barangannya. Pada keesokan harinya, dia terkejut apabila perkara yang digambarkannya pada malam itu benar- benar berlaku. Ini kerana, kecerdasan tidak terbatas menjalankan tugasnya bagi merealisasikan apa sahaja yang digambarkan. Tuhan maha berkuasa. Dia menjadikan kita dengan kelebihan yang hebat iaitu keupayaan dan kebolehan berimaginasi.

Teknik ini juga berkesan bagi menggambarkan penyembuhan pada penyakit yang berjangkit. Keajaiban pernah terjadi di mana seorang pemuda menghidap penyakit barah otak. Hasil pemeriksaan doktor, pemuda ini sudah tidak berpeluang sembuh daripada penyakit itu. Dia juga diramal berpeluang hidup dalam tiga bulan sahaja lagi. Namun begitu, pemuda ini tidak pernah berputus asa. Setiap malam, dia melakukan meditasi (rujuk teknik meditasi) dan menggambar-kan sel- sel barah otaknya kian hilang. Dia juga membayangkan yang dia semakin sembuh dari hari ke hari. Pada suatu hari, apabila doktor memeriksa penyakitnya, sel-sel barah pemuda itu sudah tiada lagi. Dengan lain perkataan, pemuda itu sudah sembuh daripada penyakitnya. Sesungguhnya, minda manusia diberi kehebatan bagi penyembuhan secara semula jadi. Begitulah hebatnya kuasa minda yang dianugerah Tuhan.

7.Teknik Menulis

Teknik menulis ini pernah digunakan oleh bekas Presiden USA, James A. Garfield. Semasa beliau berumur 10 tahun, beliau terlihat seorang lelaki yang berpakaian mewah sedang menaiki kereta kuda. Beliau bertanya kepada ibunya siapa lelaki itu. Ibunya memberitahu yang lelaki itu adalah ahli kongres.

Kemudian, beliau terus berazam yang beliau ingin menjadi seorang ahli kongres seperti lelaki yang dilihatnya apabila beliau dewasa. Keesokan harinya, beliau terus menulis hajatnya, "Saya akan menjadi seorang ahli kongres." Beliau melihat tulisan itu pada setiap hari. Dalam konteks ini, minda separa sedar beliau menerima maklumat berkenaan matlamat dan cita- citanya. Seterusnya, minda separa sedarnya menjalankan tugasan bagi merealisasikan cita-citanya. Beliau menggunakan kemahuannya yang bersungguh-sungguh (will power) bagi menjadi seorang ahli kongres.

Pada hari minggu, beliau bekerja memotong kayu supaya dapat mengumpul duit bagi membeli buku dan belajar cara- cara menjadi ahli kongres. Apabila berumur 16 tahun, beliau bekerja sebagai penjaga kedai bagi membantu ibunya. Beliau juga menyambung pelajaran bagi menjadi ahli kongres. Ketika berumur 18 tahun, beliau mendapat kontrak menyapu lantai di Akademi Kolej William dan mendapat punca pendapatan lain dengan mengajar di sekolah. Pada hari minggu pula, beliau mengambil upah memotong kayu. Semasa berumur 20 tahun, beliau berjaya menerima Ijazah Undang-undang dengan kepujian dari Kolej William. 6 tahun kemudian, beliau menjadi senator di wilayahnya dan semasa berumur 33 tahun, beliau berjaya menjadi ahli kongres.
Kejayaannya itu berpunca daripada apa yang difikirkannya. Minda sedarnya menghantarkan maklumat kepada minda separa sedar dengan cara melihat tulisan cita-citanya. Menulis impian anda pada sekeping kertas boleh membawa pemikiran minda separa sedar (subconscious mind) supaya bertugas bagi mencapai impian anda. Berikut adalah cara yang teratur bagi teknik ini:

Tentukan matlamat. Apabila anda hendak berjaya dalam bidang perniagaan, tentukan matlamat secara jelas. Pastikan matlamat itu logik dan mampu anda capai. Misalnya, anda hendak mendapat keuntungan perniagaan RM10, 000 sebulan. Jelaskan pada diri anda yang jumlah itu pasti tercapai.

Kejutkan 12 bilion sel-sel otak dengan menulis matlamat anda. Ini membangkitkan minda separa sedar anda supaya bertugas dan menjayakan matlamat anda. Minda separa sedar bertindak membantu anda mencari peluang bagaimana mendapatkan keuntungan sebanyak RM10, 000 sebulan secara ghaib (di luar jangkauan pemikiran biasa).

Setiap hari, lihat impian yang anda catatkan. Dengan melihat impian itu, ia melibatkan saraf optik yang ukurannya 17 kali lebih besar daripada saraf-saraf yang lain. Saraf itu juga menyebabkan saraf- saraf lain terus menuju ke otak anda.

Buat gambaran setiap hari iaitu selepas anda melihat impian yang anda tulis. Gambaran juga dapat dibuat pada waktu malam, selepas anda bermeditasi dan bertafakur.

Bina cadangan spontan pada diri anda. Buat pernyataan positif pada diri yang anda boleh mencapainya. Gambarkan seolah- olah anda sudah pun mencapai impian yang anda bina. Ucapkan kesyukuran yang tidak berbelah bahagi pada Tuhan. Pastikan anda lakukan dengan penuh perasaan dan emosi. Minda separa sedar hanya bertindak apabila anda beremosi dan berperasaan.

Sentiasa berfikir berkenaan cara mendapatkan RM10, 000 setiap bulan. Minda separa sedar anda pasti mencetuskan idea yang tidak anda duga dan fikirkan sebelum ini. Apabila minda separa sedar anda mencetuskan idea, catat serta lakukan kerja berdasarkan idea itu.

Anda juga boleh menggunakan teknik- teknik di atas bagi pelbagai kegunaan dan kehendak anda. Minda separa sedar anda sedia menerima apa sahaja saranan dan arahan daripada minda sedar tanpa membantah. Anda perlu yakin yang usaha anda akan memperoleh hasil yang baik.


Minda Separa Sedar-Solat Sebagai Motivasi

"Dalam usaha kita nak mencapai kejayaan, kita kena banyak belajar tentang minda separa sedar dan mengkaji bagaimana minda separa sedar berfungsi. Kita kena mengkaji cemana nak mengawal aliran, bukan kita yang dikawal oleh aliran tenaga minda separa sedar kita sendiri. "Minda Separa Sedar "sensitif pada emosi. Sebab itulah untuk membuat minda separa sedar menarik apa yang kita mahukan, kita kena menjaga emosi. Kena sentiasa beremosi baik sepanjang masa, tiap saat, tiap ketika. Orang-orang berjaya bijak megawal emosi sebab itulah jika Anda perhatikan mereka, air muka mereka tenang saja.

"Anda boleh berlatih mengawal emosi melalui. Pakar minda separa sedar sepakat mengatakan Anda memerlukan paling kurang 5-7 minit sehari bermeditasi supaya Anda dapat mengawal emosi lantas dapat mengawal perkara-perkara yang selalu bersimpang-siur di fikiran Anda.

Meditasi adalah mendiamkan diri, menenangkan diri, relaks dan mengawal kadar pernafasan untuk beberapa minit. Untuk menenangkan diri, Anda kena kosongkan fikiran, iaitu melupakan hal-hal lain. Kita bermeditasi supaya kita dapat merasai ketenangan. Ni semua kita dapat rasa ketika menyempurnakan sembahyang fardhu.

Kita disarankan khusyuk dalam solat, tenang dan jangan biarkan fikiran melayang. Itu samalah ngan meditasi, yang bestnya kita wajib buat 5 kali sehari. Selain meditasi biasa, Anda boleh jadikan solat sebagai meditasi.Untuk membuat meditasi Anda meditasi cemerlang, tenangkan diri setenang yang mungkin. Kemudian, selepas selesai solat, berusahalah untuk mengekalkan rasa ketenangan tu sehingga ke waktu solat yang seterusnya.


Saturday, February 18, 2012

Hukum Daya Tarikan -The Law Of Attraction (LOA)

Salam olz........

Entri kali nie rasanya mls nk kasi geliat lidah....yg penting smer dpt faham apa yg ingin saya sampaikan dan paling penting dpt dicernakan dgn baik sgala zat yg baik dr setiap entri saya kat sini......yg x elok tu kasi flush balik..ok......

So, pd partner2 saya, dorg nie mmg slalu dah dgr saya sebut psl "Hukum Daya Tarikan @ Law of Attraction (LOA) nie....... Actually maksud dia sgt simple jer.......tindakan yg kita perlu buat juga simple.......cuma cara utk kita disiplinkan diri dlm mengamalkan ilmu ini jer yg agak mencabar sket.....Sbbnya...ia memerlukan kita merubah paradigma dimana cara kita bertindak dan berfikir biasa2.perlu diubah.......

Utk permulaan entri nie...saya x nak pergi terlalu detail.... So, keyword kepada asas ilmu ini adalah " What You Thought Will Become A Things" @ apa yg anda fikirkan itulah yg akan berlaku.....

Sebenarnya, LOA ini adalah salah satu cara bagaimana kiota dpt mengaktifkan "Minda Separa Sedar (SubConcious Mind) kita. Minda separa sedar inilah sebenarnya yg byk membawa kita utk mencipta kejayaan yg kita kecapi hari nie. Tapi saya akan bercerita lebih detail tentangnya dlm entri saya khusus utk perkara ini.

So back to LOA.......LOA ini sebenarnya adalah antara rahsia besar pd kejayaan org2 hebat yg hidup dan pernah hidup kat muka bumi nie..... Mat Salleh kata....." It's A Secret Of Success" knp? Sbb LOA ini adalah cara bagaimana org@ berjaya inie berfikir......Kata org klu nak berjaya...kita buat apa yg org berjaya buat dan amalkan....so, LOA ini adalah benda paling asas yg org2 bejaya amalkan......It looks simple but not that simple to practice sbenarnya...saya sendiri masih lagi cuba mengukuhkan amalan ilmu ini........

Walaupun ilmu LOA ini di terjemahkan dan di perhebat hari ini oleh org@ bukan Islam..tp sbenarnya....ilmu ini secara total telah di kompilkan dlam ajaran Islam dan Al-Quran khususnya...


Contoh; kita slalu solat 5 waktu sehari, dan setiap kali solat, kita akan berdoa, normally org akan berdoa perkara dan doa yg sama setiap kali solat....btul x?Dan sdar x kita, bahwa ada diantara perkara2 yg kita doa tu Allah dah makbul....tp perasankah kita tika mana doa kita ini akan dimakbul...knp bkn smer doa kita dimakbul? kerana itu dlm Islam diajar pd kita utk khusyuk ketika beribadah........begitu juga ketika berdoa......dan jika anda sedar hari nini..setiap doa yg anda lafazkan ikhlas dari hati..sepenuh perasaan...dan slalu anda minta..itulah yg kita akan dpt dulu....disinilah sebenarnya LOA telah berfungsi....

Minda kita sebenarnya adalah magnet.....ia boleh menarik apa saja yg kita fikirkan.......jika anda fikir tentang kebaikan, kejayaan @ apa@ perkara +ve..utlah yg akan datang pd anda....jika anda fikirkan kegagalan.... maka itulah yg akan anda terima......kerana itulah org berjaya fokus pd kejayaan.....bkn fokus pd kegagalan...kerana mereka merancang utk berjaya tp bkn utk gagal....

Oleh itu kita harus tahu bagaimana utk memaksimakan penggunaan minda kita kearah yg sepatutnya.....

Hmmm..........nampak gaya saya x blh bercerita pjg buat masa nie kerana ada komitmen yg perlu diselesaikan.......insyaAllah saya akan cuba update entri saya sekerap mungkin......"Saya Mahu Menjadi Orang Yg Berwang dan Ada Masa Yg Byk..Saya Pasti Dapat"